thepastpaces



Tuesday, October 26, 2010 @ 8:12 PM; Rahsia Diri Anda
. .lets look what i've just get from www.rahsiadiri.com. .

Kenali Personaliti Diri Anda Yang Sebenar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelawat yang dihormati,

Saya pasti anda masih tertanya-tanya bagaimana personaliti anda boleh diketahui dengan hanya melihat anggota badan sahaja. Inilah sebenarnya yang dikatakan ilmu psikilogi. Ilmu psikilogi adalah suatu ilmu yang unik dimana seseorang itu boleh mengetahui perwatakan seseorang yang lain hanya dengan melihat bentuk muka sahaja walaupun tidak pernah bertentang mata. Ramai pakar telah membuat kajian dalam bidang ini dan berjaya menilai perwatakan diri melalui pelbagai cara termasuklah melihat nama, tarikh lahir, bentuk tangan, jenis darah, warna, nombor dan sebagainya. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan ada manfaat dan kebaikannya di dunia ini.

Tahukah anda tangan manusia mempunyai 1001 rahsia yang belum terungkai? Bentuk tangan manusia yang terdiri daripada lima bentuk umum iaitu empat persegi, rucing, bulat, spatula dan campuran boleh memberitahu kita tentang sifat, personaliti dan pencapaian seseorang. Selain itu, manusia di dunia ini boleh dikategorikan kepada empat jenis tangan iaitu tangan api, tangan bumi, tangan udara dan tangan air. Asas ukuran panjang jari ialah apabila kita membengkokkan jari tengah atau jari hantu kita ke depan menghala ke pergelangan tangan, panjang jari tengah atau jari hantu adalah sama panjang dengan tapak tangan itu sendiri. Sebaliknya, jika hanya boleh mencecah tengah tapak tangan, jari itu dikatakan pendek.

Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Selain di atas, bentuk kepala dan muka seseorang juga menerangkan tentang status kedudukan dan kebolehan akademik pemiliknya. Mengikut kajian, orang yang berkepala besar dikatakan sebagai bijak dan berjiwa besar. Kepala yang sederhana besar pula ditafsirkan sebagai orang yang seimbang mental, fizikal dan mempunyai banyak kemahiran. Kepala kecil pula menunjukkan pemiliknya seorang yang gemar mencari pengalaman dan suka cabaran.

Tahukah anda apa yang dikatakan kaedah metafizik dan numerologi?

Kaedah metafizik adalah satu kaedah yang telah digunakan berkurun lamanya di dunia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ia boleh dijadikan PANDUAN untuk mengenalpasti watak seseorang, memahami karektor, sifat positif, negatif dan potensi setiap orang bagi memudahkan kita membuat perancangan di samping menjalani kehidupan yang lebih baik. Numerologi pula adalah satu kajian yang berkaitan dengan nombor dan simbol. Pada asasnya ia adalah satu kajian tentang sesuatu misteri tersembunyi di sebaliknya yang boleh memberi maklumat tentang peribadi, kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri seseorang.

Labels:


Up, up, and away!